16 Disember 2008

CINTA SEJATI

Raja bin Umar An-Nakha'i bercerita :
dahulu di Kota Kufah tinggal seorang pemuda tampan lagi zuhud.
satu hari pemuda itu singgah di kalangan kaun An-Nakha'i dan bertemu dengan gadis cantik.

sejak melihat gadis itu, dia pun jatuh cinta.
demikian juga dengan gadis itu.
pemuda itu kemudian meminangnya, tetapi hampa apabila gadis itu sudah bertunang.

pasangan kekasih itu amat bersedih.
si gadis kemudian mengirim utusan untuk menghantar surat kepada pemuda itu yang berbunyi:
"aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku dan aku juga amat mencintaimu. seandainya engkau berkenan, aku akan datang ke rumahmu atau engkau datang ke rumahku."

selepas membaca surat itu, pemuda itu berkata:
"dua tawaran ini tiada satu pun yang aku pilih. sesungguhya aku takut akan seksaa kepada Tuhanku. aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam."

utusan gadis itu menyampaikan kata-kata pemuda berkenaan.
gadis itu pun berkata,"aku belum pernah menemui seorang tang zuhud dan takut kepada ALLAH seperti dia. demi ALLAH, tiada seorang pun yang layak mendapatkan kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik."

selepas gadis itu berkata begitu, gadis itu pun melupakan segala urusan duniawi.
dia hanya memakai baju tenunan murah dan sejak itu tekun beribadat, walaupun hatinya merana.
kerinduannya membelenggu hidupnya sehingga meninggal dunia.

pemuda zuhud itu sentiasa menziarahi makam kekasihnya.
pada suatu hari dia bermimpi melihat kekasihnya dalam keadaan bahagia.
pemuda itu pu bertanya:
"bagaimanakah keadaanmu dan apa yang kau dapatkan selepas berpisah denganku?"
gadis itu menjawab:
"kasih dan cinta yang terindah adalah mencintaimu, sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan. cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu, burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu."
mendengar kata kekasihnya.pemuda itu bertanya:
"dimana engkau berada wahai kekasihku?"
gadis itu lalu menjawab dalam nada bersyair:
"aku berada di dalam syurga yang dijaga oleh malaikat dan akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih."
kata pemuda itu:
"di sana aku mohon supaya engkau mengingatiku dan aku pun tidak dapat melupakanmu."
"dan demi ALLAH, aku takkan melupakanmu. aku memohon kepada tuhanku juga tuhanmu, sehingga ALLAH berkenan memberi pertolongan kepadaku," jawab gadis itu.
pemuda itu berkata lagi:
"bila aku dapat melihatmu kembali?"
"tidak lama lagi engkau akan menyusulku."jawab gadis itu.

tujuh hari selepas bermimpi, pemuda itu meninggal dunia.
semoga ALLAH sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua.

cinta sejati bersatu di akhirat...

2 ulasan:

mE berkata...

kita dicipta dengan kasih dan cinta..
kita dilahirkan berjiwakan cinta..
kita ditatang dengan selautan cinta..
kita mula bertatih juga dengan cinta..
lalu kita melangkah dengan penuh cinta..
seterusnya terus berlari bersama cinta..
kita juga didewasakan dengan cinta..
lantas kita mengerti untuk mengejar cinta..
kita bina singgasana agung kerna cinta..
akan kita titip tiap saat dengan curahan rasa cinta..
akhirnya..
kita akan dicabut nyawa juga atas nama CINTA..

yana berkata...

yeke kau ni sweet sgt.. mcm tak pecaya je..